Tuesday, March 02, 2010

EXPO PENERANGAN PAS PAHANG

Expo Penerangan Pas Pahang diadakan di Kerdau baru2 ini.Program selama 3 hari ini dirasmikan oleh Presiden Pas Dato` Seri Abdul Hadi Awang.Turut berceramah pada malam tersebut ialah Dato` Tuan Ibrahim,YB Leong Ngah Ngah dan En Balasubramaniam.Juga dilancarkan Dewan Penyokong Pas dan lain2 acara.
Malam kedua memang dinantikan oleh banyak pihak kerana diadakan acara kebudayaan melibatkan pelbagai bangsa.Acara dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Huffaz dari Maahad Tahfiz Berhala Gantang, seterusnya persembahan dari artis solo dari Taman Sri Kemuning,kemudian diikuti oleh Tarian Tabla India.Dikir Barat Sri Jenderak dari Kuala Krau mengambil giliran dgn persembahan mantap mereka seterusnya mereka mengiringi Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan yg di dtgkan khas dari Johor.Acara kemuncak pada mlm itu ialah persembahan Puisi oleh Sasterawan Negara, Dato` A Samad Said.
Malam terakhir Ceramah perdana dijayakan oleh YB Nasarudin Mat Isa, YB Saifudin Nasution dan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sepanjang hari diadakan Pameran dan jualan oleh Pas Kawasan2 disamping gerai jualan individu yg ternyata memeriahkan Expo selama 3 hari ini.

Wednesday, February 17, 2010

Kubu kuat UMNO ditembusi

TEMERLOH: Persuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru rakyat agar melihat sirah perjuangan nabi, paling besar dalam siarah nabiwiyyah itu adalah ALlah anugerahkan kepada orang Islam, seorang tokoh masyarakat yang digeruni waktu itu iaiitu saidina Omar Al Khatab memeluk Islam. Dalam Al Quran dicatatkan peristiwa dan perjalanan keislaman Omar bagi ditatap umat sepanjang zaman.

Natijah kemasukan Omar selepas itu dakwah islam tiada disekat. Islam terus terusan bergerak bebas tanpa ganggu gugat penguasa setempat. Inilah hebatnya kemasukan tokoh ini.

Beliau memberi perinagatan tersebut semasa berceramah di Kg Tan Sri Yahya. Ceramah ini diadakan dengan sempena lawatan kerja Dato Persuruhjaya PAS pahang ke Parlimen Temerloh. Turut hadir bersama adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Ust Rahim Latif, Setiausaha PAS Kawasan Sdr Hassanuddin Salim serta saf kepimpinan Kawasan Temerloh.

Ceramah ini berjaya menarik minat masyarakat setempat.

Tuesday, February 09, 2010

CERAMAH UMUM

TARIKH : 11 FEB 2010

TEMPAT : RUMAH PAK UYUB,SIMPANG SANGGANG,TEMERLOH.

MASA : 9 MALAM

PENCERAMAH :
1.USTAZ DATO` TUAN IBRAHIM TUAN MAN

2.USTAZ HJ ABDUL RAHIM ABD LATIFF

Monday, February 08, 2010

MUKHAYYAM TARBAWI QIADI PAS PAHANG

Dato' Pesuruhjaya merangkap Naib Presiden PAS sedang mengangkat rakit

PPTR Sungai Tekam, Jerantut : Mukhayyam Tarbawi Qiadi PAS Pahang telah berjaya dilangsungkan pada 30 dan 31 Januari baru-baru ini dan telah menarik lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri dari kalangan anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dan Dewan Pemuda Negeri.

PAS Temerloh diwakili oleh Naib Yang DiPertua, YB Syed Hamid Syed Mohamed dan Setiausaha, Sdr. Hasanudin Salim. Program selama 2 hari itu diisi dengan pelbagai perisian antaranya Bamboo Rafting, Motivasi, Caving dan pelbagai lagi yang menarik.

Dipamerkan gambar-gambar menarik dalam slot bamboo rafting…

Snu! Tengah memikirkan strategi turun rakit ke?

Prof. Dr Supyan sedang mengawasi peserta yang hadir lewat

Hati-hati YB Syed, dah langgar tebing!

Apa yang lucu sangat tu Dr. Hamzah? ini rakit atau kapal selam?

Monday, February 01, 2010

PAS: Tagih perubahan sikap rakyat ?


MENTAKAB: Dekatkan PAS dengan masyarakat dan ambil peduli tentang rakyat itulah antara mesej yang disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh. Beliau berucap sempena kempen jelajah JOM SERTAI PAS anjuran PAS Kawasan Temerloh.

'Minta buat perubahan , kerana masa semakin tiada pimpinan kerajaan yang ada sudah gagal memberikan perkhidmatan selesa kepada rakyat. Rakyat sekarang tertekan dan terbeban dengan semua perkara. Sebagai contoh barang keperluan asas sendiri gagal kerajaan kawal. Dua tiga bulan akan datang harga minyak bakal dinaikkan. Ini apa ni..' ujar beliau.

Cukuplah rakyat perlu sedar, kerana kuasa mengubah kerajaan adalah ditangan tuan-tuan sekalian, kami daripada parti PAS sekadar memperjuangkan masa depan tuan-tuan, pilihan dan segala-gala keputusan adalah ditangan saudara-saudara sekalian.



Tuesday, January 26, 2010

Semarak Gelombang Hijau menawan Mentakab


MENTAKAB: Yang Dipertua PAS Temerloh dan ahli-ahli PAS DUN Mentakab kelmarin turun mengedarkan risalah kepada rakyat. Edaran ini dibuat sempena kempen 3 bulan JOM SERTAI PAS anjuran PAS Kawasan Temerloh.

Menurut Pengarah DUN berkenaan Hj. Norazmi Majid, sambutan amat menggalakkan terutama dari masyarakat kaum Tionghua. Ust Abd Rahim Latif selaku YDP bersama setiausaha PAS kawasan Temerloh Sdr Hassanuddin Hassan serta seluruh panitia dan pimpinan Dewan Pemuda Kawasan turut hadir.

Edaran risalah, belon khas kepada kanak-kanak, kalender poket menyerikan gerakkerja berkenaan. Fokus edaran adalah sekitar pasar malam mentakab dan pasaraya TF.

Menurut Hj. Norazmi, program PAS bersama rakyat dan Rakyat Bersama PAS ini akan dilebarkan ke Lancang pada bulan hadapan.

Thursday, January 14, 2010

SEKITAR PROGRAM PAS TEMERLOH

Dato` Tuan Ibrahim merasmikan pembukaan Markaz Pas Balai Islam Darul Ghufran di Kg Tg Belengu,Lebak.Selepas itu beliau mengupas isu2 semasa yg melanda negara kita khususnya.


Majlis perasmian Markaz Pas Tg Belengu dimulakan dengan persembahan menarik dari kumpulan Huffaz.

Program "Jom sertai Pas"diteruskan seperti biasa dengan lokasi pada malam ini ialah Kg Tg Lalang.YB Syed Hamid dan Sdr Abdullah Karim menyampaikan sedikit penerangan isu semasa.Turut menyampaikan ucapan ialah Ustaz Jauhari Ishak,Ketua Pemuda Pas Temerloh.


Ceramah Perdana menampilkan Dr Mujahid Yusuf Rawa diadakan di Kg Chempaka,Lanchang.Sebelum itu Sdr Abdullah Karim dan Ustaz Abdul Rahim Latiff turut berceramah.



Apa sudah jadi ni...? Apabila bendera Umno dikibarkan di atas menara Masjid baru Taman Temerloh Jaya yg sedang dlm pembinaan.Adakah Masjid ini Masjid Umno?Atau duit Umno?
Sebenarnya Umno sudah gelabah dgn perkembangan sekarang yg menyaksikan Pas berkembang dgn pesat khususnya di Taman ini,sedangkan mereka nak tubuhkan cawangan Umno disini pun susah.




Lajnah Tarbiyah Pas kawasan memilih Darul Ansar di Lanchang sebagai tempat berlangsung programnya pada kali ini.Pengisian antaranya oleh Ustaz Ariffin dan Ustaz Ahmad Badawi.Mlm tersebut diadakan solat Tahajud sehinggalah ke kuliah subuh esoknya.









Thursday, December 31, 2009

Rakyat semakin terbeban ?

Mentakab: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Temerloh berjaya melebarkan pengaruhnya ke perkampungan Bukit Tingkat Temerloh. Semalam Ust Ariifin Abdullah selaku ketua urusan ulama bersama Ketua DMP Kawasan turun menemui rakyat bagi memperjelaskan tawaran PAS kepada rakyat di masa depan.

PAS amat bersimpati dengan rakyat, Tahun Baru 1430H dan Tahun Baru 2010 adalah satu tahun yang menyukarkan rakyat. Persiapan persekolahan anak-anak perlu diselesaikan. Kerajaan pula memberi tekanan kenaikkan harga minyak bulan-bulan hadapan, GST yang mahu dilaksanakan dan bermacam-macam lagi yang bertimpa-timpa ke atas rakyat.

Demikian dipertegaskan oleh Ketua Urusan ulama dihadapan puluhan penduduk Kg Bkt Tingkat.

Sebagai makluman semua Kg Bkt Tingkat adalah kampung asal kelahiran Menteri Dato Ismail Sabri Yaakob yang kini merupakan Ahli Parlimen Bera.

Pilihlah PAS sebagai wadah perjuangan

Mentakab: Manusia diberi Allah membuat pilihan. Memilih dari perkara sekecil-kecil soal makanan, pakaian dan sebagai dalam hidup kita. Selain itu, pilihan juga ada bersifat baik dan ada pilihan kejahatan. Maka pilihan baik dilakukan oleh para nabi, kejahatan anjuran manusia bernama Abu Lahab, Qarun , Haman dll’, ulas Ust Rahim Latif YDP Temerloh. Tambah beliau lagi, “Oleh itu, pilihan yang kita pilih itu mesti memberi manfaat. Manfaat baik di dunia dan akhirat. Bukan pilihan yang memberi manfaat buruk kita atas dunia dan juga diakhirat. Pilihan kebaikan yang kita buat kekal kita dapat manfaat itu walaupun kita mati.


Begitu juga kejahatan yang dipilih. Sebagai contoh mereka yang memberi undi hingga tertegak kerajaan negeri Pahang yang membuka ‘Pusat Judi’ ke3 terbesar dunia’. Beliau memperjelaskan hal itu, semasa berkempen memberi penerangan kepada para penduduk di kejiranan Tmn Bukit Cermin semalam. Program berkenaan adalah dianjurkan oleh PAS Kawasan Temerloh. Turut sama hadir Tuan Guru Hj Mohd Bedawi Abdullah Al Hafiz serta Hj Azmi Abd Majid selaku Pengarah MTD Dun Mentakab. Ust Rahim juga menjelaskan bahwa cara berfikir kita diubah dengan mahukan setiap saat dosa itu masuk ke kita yang ada dalam kubur. Walaupun orang itu setiap saat dan tahun berada dalam rumah Allah beribadat, tunaikan haji, keluar zakat, tetapi kerana dia memudahkan bab memilih dengan memilih mereka bukan daripada kumpulan mahu laksanakan islam , maka sahamnya akan ditanggung oleh si pemilih itu sendiri. Justeru itu, orang yang mahu memelihara Islam dan keislamanya hendaklah menyokong kumpulan Islam. Dan kita mestilah berbangga dengan islam kita dan keislaman kita. Islam tidak mahu kita angkuh dan sombong. Islam tidak menghalang kita untuk mencari harta benda, kekayaan atas muka bumi ini.


Usaha dan carilah , semua ini tidak masalah. Syaratnya jangan lupa dan tidak kisah dengan apa yang berlaku dalam negara ini atau di negara ini. Kerana kerajaan yang ada mestilah di kawal. Maka kita seorang mahu mengawal atau menegur kerajaan adalah tidak mampu, letih begitu sahaja. Maka cara yang terbaik untuk kita tutup Pusat Judi adalah dengan kuasa. Justeru usaha dapatkan kuasa itu adalah wajib. PAS adalah kumpulan yang mahulah diberikan kuasa. Maka dengan kuasa sahaja kita dapat dan boleh mengawal rakyat. Maka rakyat hanya dapat ikut arahan kerajaan melalui kuasa yang kerajaan itu ada. Oleh itu kita hendaklah sambungkan kebaikan dengan kebaikan. Bukannya kejahatan dengan kejahatan. Hal ini bakalan dipersoalkan Allah bilamana kita mati kelak.

Wednesday, December 23, 2009

Kg Tualang pilihan destinasi kempen PAS

Temerloh: Memilih Islam dan menyertai perjuangan Islam adalah satu langkah serta keputusan yang bijak. Semua umat Islam wajib berjuang menegakkan Islam. Malah Islam tidak tertegak sendiri, Islam ditegakkan melalui wadah dan parti islam SeMalaysia adalah sebagai wadah mutahir terkini di Malaysia.

Justeru PAS datang kepada saudara-saudara bagi menawarkan pilihan wadah tanggungjawab perjuangan agar Islam di semarakkan di bumi Temerloh.

Demikian penjelasan YDP PAS Kawasan Temerloh , Al Fadil Ust Rahim Latif semasa menyampaikan penerangan berkenaan dengan Islam dan perjuangan PAS semalam.

Beliau berucap demikian kepada lebih 30 orang hadirin di Kampung Tualang dalam Program JOM SERTAI PAS, anjuran PAS Kawasan Temerloh. Program Road Show PAS menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dalam Parlimen Temerloh ini adalah kerangka PAS mensasarkan dalam tempoh 3 bulan itu, sekurang-kurang 1000 orang ramai akan tertarik untuk bersama dengan PAS.

Di samping itu juga, bagi mengekalkan DUN Kuala Semantan terus kekal bersama PAS. Difokuskan bagi tempoh berkenaan juga disasarkan minima 1000 orang pengundi muda dapat di daftarkan bagi mengekalkan sokongan kepada PAS.

Hadir sama di majlis berkenaan adalah bekas Tok Empat kampung berkenaan yang turut sama menjadi ahli PAS.

Ini adalah satu perkembangan yang sungguh memberangsangkan PAS Kawasan Temerloh.


Saturday, December 19, 2009

PAS di ambang menawan Pahang

Gambar 5: Para peserta sedang khusyuk mendengar penerangan SU Badan Perhubungan


Gambar 3: Penyerahan Dokumen PIPP kepada YDP PAS Temerloh


Gambar 2: Para peserta sedang berbengkel

Gambar 1: Sdr Roslan Zainal Al Ahmadi, Setiausaha Badan Perhubungan
PAS Pahang sedang berucap dimajlis berkenaan

Temerloh: Badan Perhubungan PAS Pahang, semakin bersungguh-sungguh kali ini dalam menyediakan prasarana bagi menawan Pahang. Satu pasukan audit telah ditubuhkan oleh PAS Pahang bagi memandu dan menetapkan piawaian standard minimum pengurusan parti agar siap sedia.

Pada program berkenaan satu penyerahan dokumen rasmi tatacara menawan Pahang telah diserahkan kepada YDP Kawasan. Ini adalah satu penyerahan simbolik PAS Pahang kepada PAS Kawasan temerloh dalam merangsang semua jentera parti agar bersiap siaga bagi mencapai misi berkenaa.



Wednesday, December 16, 2009

Sanggang Seberang tiada bekalan air bersih ?

Mentakab: PAS Kawasan Temerloh terbukti semakin diterima rakyat. Semalam satu majlis program mendekati rakyat telah diadakan. Majlis tersebut mempertemukan antara pimpinan PAS dan penduduk Sanggang Seberang. Pimpinan PAS hadir untuk bertemu dan berdialong bersama mereka.
Majlis dailog berkenaan telah dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tn Hj Md Jusoh Darus, bersama-sama Sdr Hashim B Abdullah, Ketua Penerangan PAS serta Ketua Dewan Muslimat Kawasan Pn Salmi B M Nur.
Sebagai makluman kawasan kejiranan Sanggang Seberang adalah sebuah kampung tradisi Melayu, tambahan pula tempat tumpah darah atau bumi kelahiran exco kerajaan negeri Pahang, YB Dato Shakar Shamsuddin yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Temerloh.
Dalam majlis berkenaan apa yang mengejutkan kita adalah pendedahan berani kepada kita oleh penduduk dan aduan penduduk setempat berkenaan tiadanya kemudahan prasarana yang lengkap contohnya bekalan air bersih. Dimaklumkan ada sebahagian penduduk terpaksa menyediakna sendiri dengan menyedut air telaga yang digali sendiri bagi tujuan aktiviti harian mereka.
"Selain itu, pihak TNB pula enggan menyambungkan bekalan elektrik. Kecuali jika penduduk sanggup membayar dan menanggung kos pembiayaan tiang, pemasangan kabel dan sebagainya barulah bekalan elektrik disalurkan. Alasan rugi adalah satu sebab besar", ujar seorang penduduk yang ditemui yang enggan disiarkan namanya.
Bagi kita ini adalah satu lagi bentuk petaka kepada rakyat. Penindasan dan penafian hak rakyat selama 52 tahun bawah negara merdeka gagal disempurnkan oleh wakil rakyat berkenaan. Usah menukarkan kerajaan dan berkata cukuplah UMNO sampai kini harus diterjemahkan melalui petiu undi, demikian jelas Timb YDP Temerloh.

Monday, December 14, 2009

Sanggang Bahagia ditembusi PAS


Semarak Gelombang Hijau dan PAS Temerloh bawah memimpin perubahan masyarakat daripada menyokong dan menyertai UMNO kepada menyokong dan menyertai PAS adalah antara agenda utama dalam Kempen Jom Sertai PAS. Hasilnya dari gerak kerja tersebut PAS Kawasan Temerloh telah berjaya menembusi sebuah kampung tradisi yang sebelum ini cukup kuat dengan mempunyai ramai ahli-ahli UMNO yang tegar yang menyokong UMNO.


"Kita tanam padi, rumput tumbuh sebaliknya kita tanam rumput padi tidak akan tumbuh. Tamsil ini dikaitkan oleh Tn Hj Jusoh Darus selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh di Kampung Sanggang Bahagia semasa memberi penerangan kepada penduduk Kg sanggang Bahagia. Majlis taklimat penerangan tersebut disertai sokongan penduduk sekitar kejiranan berkenaan.


Tambah beliau, ibarat perbandingan di atas adalah bagi memaparkan bagaimana jika tujuan hidup kita jangan hanya satu hala sahaja, iaitu dengan memilih dunia sahaja ataupun cuma memilih akhirat semata-mata, jelasnya pilihan ini tidak tepat dan tidak betul. kerana kita kena memilih kedua-duanya sekali.



Oleh itu, jelas beliau kita sebagai orang Islam kena kejar dunia tanpa membawa sama akhirat tidak dapat di bawa bersama. Begitulah juga sebaliknya. Apa yang kita mahukan adalah kedua-dua sekali.

Wednesday, December 09, 2009

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Tarikh : 13 Disember 2009
Tempat : Markas Pas Kg. Darat Sanggang
Yuran : RM 60.00
Anjuran : MTD Mentakab
Tempat terhad, 25 orang sahaja

CERAMAH MLM PERPADUAN PALESTIN


Malam tadi berlangsung satu ceramah di tapak Kompleks Pas Pahang di Kerdau.Tetamu undangan adalah wakil Hamas Palestin yg sudi meluangkan sedikit masa beliau ke sini sempena kedatangan rombongan mereka ke Malaysia.
Ahli Parlimen Palestin dari Hamas ini menyampaikan ceramah yg sangat bernas sesuai dgn pengalamanya yg banyak termasuk dikurung dlm penjara Yahudi sebanyak dua kali.Ceramah beliau dlm bahasa Arab ini diterjemahkan oleh Ustaz Arif Hazlan.


Ustaz Tuan Ibrahim turut berceramah pada malam tersebut, walaupun baru sahaja pulang menunaikan Haji di Mekah.



MP Kuantan, YB Fuziah Salleh kali pertama berceramah di Kerdau mendapat perhatian kerana membawa dokumen lengkap mengenai penyelewengan Kerajaan BN Pahang.





Wakil pemuda menyampaikan sumbangan kepada wakil Hamas.Hampir RM 20,000.00 diserahkan kepada wakil Hamas malam tadi termasuk dari Pas Pahang sebanyak
Rm 10,000.00



Sunday, December 06, 2009

CERAMAH

CERAMAH MALAM PERPADUAN PALESTIN
TARIKH ; 8 DISEMBER 2009
TEMPAT; DATARAN KOMPLEX PAS PAHANG, KERDAU
PERCERAMAH
-UST TUAN IBRAHIM
-WAKIL HAMAS, PALESTIN
-WAKIL PKR
"Semua dijemput hadir beramai-ramai dan bawa sumbangan utk dana rakyat Palestin"

PROGRAM DR ZUL DI TEMERLOH

Taklimat dan Dialog di Dewan seminar BBPNP

Hari ini Parlimen Temerloh dikunjungi MP Kuala Selangor iaitu YB Dr Zulkifli Ahmad.Beliau yg juga Pakar Strategi Pas Pusat mengadakan sessi taklimat dan dialog bersama ahli2 Pas Temerloh.Walaupun beliau terlewat sedikit sampai, tapi ternyata peserta begitu puas hati dan teruja dgn penyampaianya yg begitu bernas sehingga masa yg diperuntukan tidak cukup.
Disebelah pagi tadi Dr Zul telah membentangkan kertas kerja Ekonomi di Kuantan.



Jamuan Ramah Mesra Pemuda Semantan.

Selepas program di Pejabat Perhubungan Pas Pahang, Dr Zul sempat pergi ke program "Jamuan Ramah Mesra Pemuda Semantan" yg diadakan di Buntut pulau.
Beliau menekankan betapa pentingnya remaja sebagai eset dlm perjuangan Pas ini.Ternyata Dr Zul tidak kekok utk bermesra sesama remaja yg hadir di program pada ptg tadi.Program berbentuk santai ini mendapat sambutan dari pemuda setempat khususnya kerana adanya BBQ yg berupaya menarik kehadiran mereka.






Thursday, December 03, 2009

JOM Sertai PAS : Semaraknya Merebak ke Mentakab

Mentakab: sambutan rakyat dan usaha gigih PAS Temerloh telah membuka era baru bagi PAS temerloh, program JOM Sertai PAS yang sedang dijalankan ini, kini disasarkan pula ke DUN Mentakab. Paling menarik Program ini dibuat disebuah warung tepi laluan sibuk utama Temerloh KL di kawasan kejiranan Perumahan Rakyat. Dengan kehadiran yang memberangsangkan oleh masyarakat setempat.
Majlis santai malam ini, diseri dengan sesi penerangan bagi memperjelaskan isu semasa serta selingan iklan PAS dengan mengalurkan kenapa PAS ditubuhkan dan juga kenapa perlu semua masyarakat menyertai PAS. Penjelasan itu dikupas oleh Tn Hj Jusih Darus selaku Timbalan yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh yang berlautan sehingga jam 10.30 malam.

Wednesday, December 02, 2009

CERAMAH PERDANA SEMPENA KEMPEN JOM SERTAI PAS KAWASAN TEMERLOH

Pada malam 1 Disember 2009 baru-baru ini, PAS Kawasan Temerloh telah menganjurkan Ceramah Perdana bersempena Kempen Jom Sertai PAS. Bertempat di Markas Kg. Chempaka Lanchang, tokoh penceramah pada malam itu ialah YB Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir berceramah pada malam tersebut ialah En. Surianarayaranan dari Kelab Penyokong PAS dan YB Choong Siew Onn (DAP) yang merupakan ADUN Tras, Raub.
Pada malam itu juga YB Presiden turut melancarkan upacara Pelancaran Lot Tanah Wakaf Darul Ansar.

Walaupun hujan renyai-renyai turun sepanjang program berlangsung, namun ianya tidak menghalang para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk turut bersesak-sesak di dataran markas tersebut. Ini membuktikan bahawa PAS terus diterima dan mendapat perhatian rakyat untuk terus memperjuangkan dasarnya yang suci iaitu memperjuangkan Islam untuk kemaslahatan semua. Sesuai dengan tema yang dibawa oleh PAS iaitu PAS For All. Keadaan sepanjang ceramah berlangsung adalah tenang dan terkawal. Tiada FRU. Tiada polis berpakaian seragam. Cuma musang berbulu ayam:)