Friday, January 31, 2014

PELANCARAN PELAN TINDAKAN STRATEGIK JPrD MENTAKAB.


JUMAAT 31.1.2014  JPrD  MENTAKAB TELAH MENGADAKAN  PELANCARAN  PTS   BERTEMPAT DI PEJABAT  JPrD    NO.11  SIMPANG GANTUK JALAN  MENTAKAB TEMERLOH DIHADIRI KIRA-KIRA  50 ORANG  MAJLIS DIRASMIKAN OLEH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH  TUAN HAJI MD JUSOH DARUS . SEMOGA  PELAN YANG DILANCARKAN INI  DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEPENUHNYA DAN DUN MENTAKAB DAN PARLIMEN TEMERLOH DAPAT DIPERTAHANKAN DI PRU 14 NANTI .BERITA DAN FOTO OLEH US,ZAKARIA  OMAR  KETUA F.MENDIA BARU JPrD MENTAKAB .



EN.ZULKIFLI MAT TAN  SEDANG MEMBENTANGKAN PTS JPrD MENTAKAB.

Monday, January 20, 2014

PENGAJIAN HADIS SIRI 1




Pengajian Hadis :Siri 1
HADIS  PERTAMA
DUA NIKMAT : BANYAK YANG TERPEDAYA DENGANNYA
عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنَ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ الصِّحَةُ وَالْفَرَاغُ  .(رواه البخاري والترميذي والنسائي وابن ماجه)
Daripada Ibn Abbas (Abdullah bin Abbas)  meridai Allah keduanya daripada Nabi SAW ia telah bersabda :”Dua nikmat banyak orang terpedaya /tertipu ,iaitu sihat dan kelapangan.(Hadis riwayat :Bukhari ,Termizi,Nasai dan Ibn Majah ).
Kupasan hadis .
Nikmat :Hal yang baik yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang seperti kekayaan, ilmu pengetahuan, kesabaran, ketenangan dan lain –lain , yang dengannya ia beroleh kebahgiaan hidup.
Kita orang Islam diperintahkan Allah supaya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan olehNya,kalau kita tidak bersyukur ,akan mendapat balasan azab dari Allah .Firman Allah  dalam surah alNahl ayat 114 :
oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
Kita menyedari bahawa mengubah dan tak menunaikan hak  bersyukur , menyalahgunakan nikmat , akan mendapat balasan Allah seperti yang berlaku kepada kaum firun , firman Allah dalam surah al anfal ayat  52 dan 53 :
52. (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.
53. (balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Perkataan nikmat  boleh membawa makna  agama Islam , firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103 :
dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Dan firman Allah dalam surah al Maaidah ayat 3 :
. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk
Nikmat yang pertama  ialah sihat .Iaitu sihat tubuhbadan dan selamat dari penyakit.Manusia banyak yang terlupa dalam masa menikmati sihat tubuh badan kecuali bilamana mereka telah ditimpa sakit yang menyebabkan hilang segala tenaga dan lalu menjadi lemah dan tak berdaya.Mereka mengisi hawa nafsunya tanpa perhitungan seperti binatang buas,rakus dan gelujuh makan dan minum tidak mengenal halal haram, buruk dan baik menyalahgunakan kesihatan sehingga lalai hilang tenaga untuk membuat amal soleh.Sia –sia mendapat nikmat sihat tubuhbadan,kerana sihat bukanlah benda yang kekal malah ia datang dan pergi ,menakala hilang kesihatan bererti manusia telah hilang peluang tenaga untuk beramal, dengan itu tentulah tidak bijak malah dianggap amat bodoh siapa –siapa yang tidak merebut peluang masa sihat untuk beribadat  mentaati Allah, kerana umur semakin hari semakin kurang dan tenaga beramal semakin lemah menakala menjelang zaman tua  dan bila mana diserang penyakit, tenaga beribadat beramal soleh dan kebajikan turut kurang dan lemah.Sebuah hadis lain ada mengatakan supaya merebut  5  peluang sebelum datang 5 perkara yang lain :
إِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ,وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ , وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ ,وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ ,وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ( رواه الحاكم) .
Rebutlah lima peluang sebelum datang lima perkara,iaitu muda engkau sebelum tua, sihat  sebelum sakit,kaya sebelum  fakir,kelapangan sebelum sibuk , dan hidup sebelum mati (Hadis Riwayat al-Hakam) .
Sihat adalah termasuk  dalam lima peluang tersebut, juga sihat termasuk kedalam erti muda, kerana semasa  remaja itulah penuh dengan tenaga dan kecergasan dengan itu gunakanlah kesempatan itu dengan sewajarnya sebelum peluang itu hilang dan lenyap .