Saturday, July 28, 2012

IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TARAWIH PASTI

IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TARAWIH .

TEMERLOH 28.7.2012.SATU MAJLIS IFTAR JAMAIE  ANJURAN  PASTI  KAWASAN TEMERLOH TELAH DIADAKAN  DENGAN DIKETUAI OLEH  PENGARAH PASTI TEMERLOH USTAZ KAMAL MAMAT BERTEMPAT DI SURAU KUBANG GAJAH ,KIRA – KIRA 40 ORANG PERSERTA .TERDIRI DARI GURU –GURU PASTI KAWASAN TEMERLOH,PARA JEMPUTAN DAN ANAK –ANAK PASTI, SELEPAS IFTAR DAN SOLAT MAGHRIB DIADAKAN MAJLIS TAHLIL ARWAH DAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN SOLAT ISYAK DAN SOLAT TARAWIH DENGAN DIKETUA OLEH USTAZ SYUKRI SYUIB   KETUA PEMUDA PAS KAWASAN TEMERLOH .
GAMBAR DISEKITAR MAJLIS IFTAR  JAMAIE DAN SOLAT TARAWIH 
.




USTAZ SHUKRI SHUIB KETUA PEMUDA PAS TEMERLOH MEMIMPIN TAHLIL ARWAH.

Tuesday, July 24, 2012

Bersiap untuk buat perubahan besar.



Katanya bagi musuh Islam menganggap Ramadan sebagai bulan seolah –olah umat Islam lemah,lesu dan letih sebaliknya orang Islam meletakkan Ramadan bulan jihad sehingga berlakunya siri peperangan sejak zaman Nabi Muhammad saw.
“Marilah kita sama –sama menjalani  Ramadan ini  sebagai bulan jihad kita untuk mempersiapkan diri bergerak kehadapan membaut satu perubahan besar dalam konteks politik Negara  kita,mengajak masyarakat balik kepada Islam.
“Kita tidak mengajak masyarakat  untuk bermusuh,berpecah belah atau memfitnah,sebaliknya mengajak masyarakat balik kepada Islam”
“Apabila kembali kepada Islam Insya-Allah bangsa kita  akan selamat,Negara kita akan selamat dan pemuda kita akan selamat.”ujarnya dalam perutusan Ramadannya.
Tambahnya”Ramadan kali ini merupakan bulan puasa  terakhir sebelum menghadapi PRU13 justeru itu diharapkan meningkatkan semangat jihad menjelang detik –detik penting itu.
Ustaz Tuan Ibrahim  yang  juga Pesuruhjaya  PAS Pahang berkata,”Ramadan bulan yang memperoses dan melahirkan hamba Allah yang bertakwa,bulan ibadah,bulan al-quran,bulan zikrullah,bulan taubat kepada Allah,bulan pembersihan diri daripada dosa dan maksiat dan yang penting menjadikan keazaman kita untuk melakukan yang lebih baik daripada sebelum Ramadan dan selepasnya.”
“Marilah wujudkan suasana  ibadah seumpama ada majlis – majlis zikir,tazkirah sebagai satu fenomena baru untuk menambahkan pengetahun di samping kita menunggu waktu berbuka.
“Fenomena  yang tidak dapat dielakkan apabila masuk Ramadan kita dapati budaya  masyarakat  kita yang buka gerrai perniagaan,satu fenomena yang baik dalam konteks ekonomi tetapi harus kita lihat dalam kita berbuka  selepas lebih 12 jam berpuasa,bila kita hendak berbuka puasa  hendaklah kita memilih,melihat siapa yang menjual kuiah tersebut.
“Jangan beli kuih daripada orang yang tidak sembahyang,jangan beli kuiah orang yang tidak takut Allah sebab makanan mempengaruhi jiwa kita,mempengaruhi sikap kita,mempengaruhi kelakuan kita.Jadi makanan yang tidak baik menjadi darah daging kita,”Tegasnya.
Tuan Ibrahim juga menasihatkan  agar tidak menjadikan Ramadan kali ini menjadi  pesta makanan,bukan  pesta ibadah.
Katanya sebahagiannya begitu sibuk daripada sebelum Asar lagi sudah  membuka gerai kemudian sampailah habis Maghrib.
Walaupun ruang  mencari rezaki ini sangat baik tetapi dalam waktu yang sama setiap penjual mestilah memahami menjual kepada orang yang mahu berbuka puasa.
Mereka sepatutnya  berlumba untuk mendapatkan pahala daripada apa yang dijual dan mendapat untung apa yang dijual,mudah –mudahan kedua –duanya mereka dapat.
Selamat menyambut Ramadan mudah –mudahan diterima ibadah puasa  yang penuh keberkatan yang mendapat natijah dengan tahajudnya,dengan zikirullahnya,dengan muhasabahnya.Seluruhnya akan menyebabkan kita dekat kepada Allah dan bertambah iman kita .
(HARAKAH 23- 26 JULAI 2012).

Monday, July 23, 2012

Tazkirah Ramadan



“ibadat sepanjang Ramadan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit.oleh yang demikian amalan puasa Ramadan ini diwajibkan oleh allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri,terutama nafsu makan dan minum.
Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah allah taala.
Di sebalik perintah allah,wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan.meskipun perintahnya bercanggah hak kita sendiri.
Apa yang utama,dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadan,ia sebagai cara untuk kita membendung perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana satu hak orang lain”.

Tuan guru dato’ bentara setia
Nik abdul aziz nik mat
Mursyidul am pas
(Harakah 23-26 julai 2012).

Saturday, July 21, 2012

TAHNIAH UNTUK TUNISIA


PRESIDEN PAS DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,BERADA DI TUNISIA13 JULAI LALU DALAM RANGKA LAWATAN BERTEMU PIMPINAN TERTINGGI PARTI AN NAHADAH SELEPAS PARTI ISLAM ITU BERJAYA MEMENANGI PILIHAN RAYA NEGARA ITU OKTOBER TAHUN LALU.DALAM KESEMPATAN ITU,BELIAU TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN PARTI  AN NAHADAH, DR.RASHID GHANOUSHI SEKALI GUS MENYAMPAIKAN UCAPAN TANIA DARIPADA PAS DI ATAS KEMENANGAN PARTI ITU KUNJUNGAN ITU BEREMPENA DENGAN MUKTAMAR KALI KE 9 PARTI ITU YANG DIBUAT SECARA BESAR -BESARAN BERMULA 13 JULAI LALU DAN BERAKHIR 15 JULAI .(HARAKAH 20-22 JULAI 2012)

Thursday, July 19, 2012

PROGRAM CAKNA RAKYAT DUN MENTAKAB. UPU SONGSANG,PAYA PETAI PAYA KELADAN.


TEMERLOH 15.7.2012 AHAD MTD MENTAKAB DENGAN KERJASAMA HALWA PARLIMEN TEMERLOH , UPU SONGSANG DAN PAS CAWANGAN PAYA KELADAN TELAH MENGADAKAN PROGRAM CAKNA RAKYAT DENGAN ACARA –ACARA SEPERTI ERIKUT :
1,JUALAN AMAL
2.SUMBANGAN KEBAJIKAN
3.KUIZ
4.SUKANEKA
5.PAKAIAN TERPAKAI
6.KUANTER DAFTAR  PEMILIH.
MAJLIS DIRASMIKAN OLEH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH TUAN HAJI MD JUSOH DARUS DENGAN DIPENGERUSIKAN  US.ZAKARIA OMAR AJK MTD MENTAKAB,TURUR BERUCAP MR.WOO PENGERUSI DAP  TEMERLOH DAN HJ.AZMI PENGARAH MTD MENTAKAB.
 TUAN HJ AZMI
MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG TERLIBAT MENJAYA PROGRAM CAKNA RAKYAT INI, DAN KEPADA YDP DAN MR.WOO ,MUDAH –MUDAHAN PROGARAM INI AKAN MERAPATKAN HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT DENGAN PENDUDUK –PENDUDUK UPU SONGSANG KHASNYA PAYA KELADAN.DENGAN ADA BERBAGAI ACARA YANG DIADAKAN MERUPAKAN SATU DAYA PENARIK ORANG UNTUK TURUT MENYOKONG PAS –PAKATAN RAKYAT.
 MR.WOO PENGERUSI DAP TEMERLOH.
BERTERRIMA KASIH KEPADA MTD MENTAKAB KERANA BERJAYA MENGADAKAN PROGRAM INI, KERANA PROGRAM INI ADALAH BAIK  DAPAT MERAPAT PR  DENGAN PENGUNDI –PENGUNDI, SOKONGAN PENGUNDI MELAYAU AMAT DIGALAKAN DEMI UNTUK MENAWAN DUN MENTAKAB DARI BN.DAP TIDAK ADA MEMBUAT PROGRAM SEMACAM INI, HANYA HI TEA SAHAJA.
 YDP PA TEMERLOH TUAN HJ.MD.JUSOH DARUS.
MEMINTA KEPADA PENGUNDI –PENGUNDI SUPAYA MENYOKONG PR UNTUK MENUJU KEPUTRA JAYA,KITA SUDAH 54 TAHUN DIBAWAH KERAJAAN YANG  ZALIM,DENGAN RASUAH,HUTANG NEGARA YANG BANYAK.BAGET YANG DEPOSIT,HARGA BARANG NAIK , PELUANG PEKERJAAN YANG SEDIKIT, RAMAI PENGANGGUR DAN LAIN –LAIN.

GAMBAR KENANGAN SEPANJANG PROGRAM.
1.PENDAFTARAN

  2.PERASMIAN
 3.KUANTER DAFTAR PEMILIH
 4.SUMBANGAN KEBAJIKAN
  5.SUKANEKA
 6.PENYAMPAIAN HADIAH SUKANEKA DAN CABUTAN NO BERTUAH



FOTO OLEH US.ZAKARIA,HAJI AZMI DAN EN.SYUKRI.