Monday, June 29, 2009

REJAB."Bulan Tarbiyah Dewan Pemuda"

Dewan Pemuda Pas Kawasan Temerloh, melalui Lajnah Tarbiyahnya telah menganjurkan program di Surau Khairiah Seberang Temerloh.Pembentang kertas kerja utama disampaikan oleh Ustaz Khairi, Ketua Pemuda Pas Maran bertajuk mengapa saya menganut islam.Menurut Pengerusi Lajnah, Ustaz Shukri, program ini adalah antara pengisian Bulan Tarbiyah yg diadakan sebulan dibulan Rejab ini.Sebelum itu, selepas maghrib, Ketua Pemuda Pas Temerloh, Ustaz Jauhari menyampaikan ucapanya.

Sunday, June 28, 2009

Antara 2 Futsal

Ahad semalam berlangsung Futsal padang yg diadakan di padang Maahad Tahfiz Berhala Gantang.Antara penyertaanya ialah dari Maahad Tahfiz Fakeh Sri Semantan,Kafa Sanggang Seberang,Kafa Masjid Temerloh,Kafa Masjid Bt 1 dan Sek. Mukmin.Program ini mendapat kerjasama dari Maahad Tahfiz Berhala Gantang yg menyediakan kemudahan yg secukupnya.Semuga Futsal padang ini akan menjadi acara tahunan bagi Sekolah2 Rendah Agama di Temerloh ini.Syabas dan tahniah utk penganjur.
Bila tamat program ini,saya pulang dan melalui Taman Kubang Gajah yg sedang berlangsung juga Futsal padang anjuran UMNO Bahagian Temerloh.Dari jauh dah nampak pemain2 yg sedang beraksi mempamerkan aurat utk tatapan ramai.Kalau tadi di Berhala Gantang, pemain berseluar panjang,tapi di program anjuran Umno ni, pemain berseluar tapi nampak kaki panjang!
Inilah perbezaan antara kita. Umno menganjurkan jasmani sahaja sehat, tapi kita menganjurkan kesihatan jasmani mestilah diikuti dgn kesihatan ROHANI.
Pas Kawasan Temerloh juga ada menganjurkan program dari pagi semalam utk kesihatan rohani dan jasmani.

Wednesday, June 24, 2009

CERAMAH YB UST WAN HASAN DI MENTAKAB



Satu Ceramah Umum diadakan di DUN Mentakab bertempat di Kg Gajah Mati.Penceramah terdiri drpd YB Ust Wan Hasan Ramli,ADUN Sura,Terengganu, Sdr Nizam Hamid, Sdr Balasubramaniam, Ust Abd Rahim Latiff serta Ketua DAP Temerloh.
YB Wan Hasan dlm ucapanya menerangkan isu2 semasa terutamanya isu negeri Terengganu sendiri yg sedang dilanda perpecahan dalaman UMNO negeri yg mencerahkan harapan PR utk menawan negeri tersebut dlm PRU 13 nanti.Juga isu kerajaan perpaduan yg sedang hangat diperkatakan sekarang.

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan Akhirnya Ditalkinkan

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang tadi mengumumkan menarik balik kenyataannya yang mahu Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.Baca seterusnya di sini

Kita amat bersyukur diatas perkembangan tersebut terutamanya diatas ketegasan TGNA yang pada mulanya nampak keseorangan dalam menentang arus yang cuba membawa PAS kearah UG.Tetapi,apabila 10 Ahli parlimen PAS serta Dewan Muslimat PAS Pusat menyatakan sokongan mereka secara terbuka , isu tersebut dilihat amat serius dan memerlukan penyelesaian yang segera.

Alhamdulillah, kini semua pihak telah akur untuk melupuskan gagasan UG tersebut setelah melihat dan merasai sendiri segala kekalutan yang ditimbulkan akibat lontaran idea UG itu.
Idea itu turut mendapat bantahan sebahagian ahli PAS termasuk beberapa bloggers PAS yang mana kini semuanya berasa gembira dan senang hati diatas perkembangan kearah memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tentunya PRU Manek Urai yang akan datang ini akan memberikan kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat, khususnya calon PAS yang bertanding disitu.

Kita amat yakin, bukan sahaja akan mencapai kemenangan besar di Manek Urai, bahkan kita akan mencapai kemenangan yang mutlak dalam PRU ke-13 nanti, insya'Allah.

Sesungguhnya perkembangangan ini sangat mengecutkan teloq-teloq Umno! Kenyataan Najib 1Malaysia gagal jika Melayu tidak bersatu mengesahkan betapa hibanya Najib apabila UG sudah ditalkinkan oleh Pakatan Rakyat

Sunday, June 21, 2009

PACAK SATU LAGI BATU NISAN UMNO DI MANEK URAI


BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.

Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya.

Setelah beberapa kali Umno di`kapankan' di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sebelum ini, sudah pasti Umno tidak mahu lagi menanggung malu. Apatah lagi Umno mengakui bahawa kekuatan Pas dan PR hanyalah bergantung kepada yang bukan Melayu, maka di bumi Kelantan ini Umno terpaksa membuktikannya. Jika Umno tewas, ini bererti semua kaum menolak Umno kecuali mungkin golongan `jin jahat atau hantu-hantu' yang sudah cukup umur untuk mengundi. Pas tidak harus leka dengan kemungkinan bantuan dari `makhluk halus' ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa `makhluk halus' seperti ini wujud semasa pilihanraya.

Gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa sebenarnya Umno dan Pas tidak serasi untuk di`tunangkan' apatah lagi untuk di`kahwin'kan. Sekian lama Pas telah cuba untuk berdakwah dengan Umno, tetapi jenis Umno ini tidak akan menerima Pas selagi Pas berjuang atas paksi Islam. Tetapi Pas tidak lama mengambil masa untuk menyedarkan bukan Islam terhadap Islam, apabila beberapa pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR kini telah mula memetik ayat-ayat Al-Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jelas terbukti bahawa Pas sebenarnya lebih serasi, mudah dan senang untuk menjalankan kerja dakwah mereka bila berada di dalam PR jika dibandingkan bersama dengan Umno. Umno ingin bersatu atas dasar Melayu kerana pada mereka Melayu itu Islam, kuat Melayu maka kuatlah Islam. Prinsip ini sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Kekuatan kerajaan Islam di zaman Uthmaniah bukan kerana Uthmaniah itu Melayu, tetapi kerana perjuangannya meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan juga kerana keadilannya terhadap semua rakyat.

Saya berharap tiada larangan buat sesiapa sahaja untuk menabur bakti di Manek Urai asalkan tujuannya satu iaitu untuk `mengapan'kan Umno. Kesemua peringkat pimpinan haruslah dibenarkan datang ke Manek Urai kerana di sana nanti kita akan dapat melihat dengan lebih jelas dan nyata siapakah yang ikhlas berjuang untuk Pas dan siapakah yang datang untuk membawa `cincin pertunangan untuk melamar Umno'. Tetapi saya percaya, setelah berbagai pendapat dan kritikan telah dibuat termasuk nasihat dan teguran dari Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin Pas yang akan datang ke Manek Urai akan datang dengan semangat yang lebih kuat dan jitu. Biarkan mereka datang untuk mensucikan `dosa-dosa' mereka terhadap parti yang kita sayangi ini.

Thursday, June 18, 2009

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi - Ustaz Idris


SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Wednesday, June 17, 2009

TASAAMUH DALAM IKHTILAF - Naib Presiden


Marilah kita sama-sama meneliti sebuah email yang dihantarkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim kepada saya. Tajuknya adalah Tasamuh Dalam Ikhtilaf. Tasaamuh bermaksud berlapang dada atau tolak ansur manakala ikhtilaf bermaksud perbezaan pandangan.

Ikhtilaf atau perbezaan pendapat adalah lumrah bagi manusia, ia berlaku di kalangan para ambiya’, dan turut berlaku di kalangan para sahabat. Ia juga berlaku di zaman Rasulullah , samada sewaktu Baginda masih hidup apatah lagi setelah Baginda wafat. Ikhtilaf berlaku dalam pelbagai keadaan samada berpunca dari penafsiran sesuatu nas dalil yang mempunyai pelbagai makna, lahjah yang berbeza atau sudut pandangan sesaorang; namun ianya tidak pernah diangap negatif dalam sejarah para ulamak; sehingga terkeluar kata-kata masyhur “ Perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah rahmat’ walaupun kata-kata ini ditahkik oleh Dr Yusuf Qardhawi sebagai ‘la aslalah’, ( tidak diketahui punca riwayat sebenar), kerana beliau melihat kalau perbezaan pendapat menjadi rahmat, bermakna muafakat adalah bala’, dan ini tentunya bertentangan dengan sifat Islam sebagai rahmat, serta dalil-dalil yang lain.

Saya tidak berhasrat membicarakan persoalan tersebut dari sudut tahqiq atau para perawi, tetapi ianya adalah masyhur. Lantaran itu rahmat yang disebut dalam kata-kata itu tentulah lahir dari pelbagai natijah hasil ikhtilaf tersebut.

Para ulamak telah membuat huraian panjang lebar berhubung dengan persoalah adab dalam ikhtilaf. Namun adab hanya akan diikuti bilamana adanya tasawur yang jelas terhadap apa yang diikhtilafkan. Sebagai sebuah jamaah Islam, ikhtilaf hendaklah berjalan di atas landasan ukhuwwah, bukan kebencian dan memandang rendah kepada sahabat. Ikhtilaf boleh berlaku di kalangan pimpinan dan pengikut demi memperkukuhkan jamaah, ia akan lahir setelah adanya sikap hormat kepada perbezaan pandangan, kerana kemampuan berfikir manusia tidak sama.

Dari sudut jamaah, kita terikat dengan akhlak dan adab berjamaah, yang menuntut kita agar berlapang dada dengan perbezaan pendapat, dan tidak memaksa pandangan kita ke atas jamaah, kecuali dalam perkara yang terikat dengan nas yang bersifat qatie. Selagi ianya bersifat ijtihadi, maka ia terikat untuk dibahas, dibincang , diterima atau ditolak.

Sikap Tasaamuh ( berlapang dada ) dalam ikhtilaf sangat-sangat dituntut. Terkadang kita memandang baik kepada sesatu perkara, sedangkan ianya tidak baik bagi kita, bahkan terkadang kita membenci sesuatu, sebaliknya ia baik bagi kita. Itulah yang diingatkan oleh Allah “ dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, tetapi ianya baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu mengasihi sesuatu, tetapi ia tidak baik bagi kamu , Allah mengetahui, sedangkan kamu sebenarnya tidak mengetahui”. Oleh kerana perkara masa depan adalah dalam ilmu Allah, maka setiap perbezaan pandangan hendaklah mengharapkan kebaikan dari Allah. Berlapang dadalah dengan perbezaan ini. Apatah lagi kalau kedua-duanya untuk kebaikan jamaah. Kita mempunyai saluran dalam melahirkan perbezaan pandangan, maka gunakan saluran parti bagi menyatakan perbezaan pandangan agar ia tidak merosakkan ukuwwah dalam jamaah.

Kita punya pengikut yang ada kecenderungan tersendiri, samada untuk mengikuti pandangan seseorang atau membencinya. Kebencian ini akan memberi ruang kepada musuh untuk memasukkan jarum fitnah, yang boleh menjurus kepada hilangnya wala’ pada pimpinan. Sedangkan wala’ adalah rukun dalam jamaah. Sebagai pimpinan kita tidak seharusnya meletakkan ahli dan pengikut dalam situasi serba salah, antara bersetuju dengan sesuatu pendapat dan pandangan atau sebaliknya. Kerana rasa bersalah yang ujud dalam diri ahli untuk menerima atau menolak sesuatu pandangan pimpinan, mendorong kepada dua situsi;

i. Apa orang lain akan kata kepadanya, dan sekiranya ia berlaku, ia mendatangkan kesan besar selepas itu. Tidak mustahil ada yang akan tersinggung, menyisih diri, merajuk dan seterusnya hilang dari jamaah,
ii. menjadi golongan kecewa dengan apa yang berlaku dan terus mengambil sikap berdiam diri dari aktif dalam jamaah.

Kedua-dua situasi ini tidak menguntungkan jamaah dan paling besar merugikannya bilamana dia mengadap Allah diakhirat. Lantaran itu, ikhtilaf hendaklah di dalam lingkungan adab berjamaah, ia dikawal dari sikap melampau, membuka ruang kepada musuh, apatah lagi menjerumus kepada hilangnya sikap hormat, kecewa, dan tidak mempedulikan jamaah.

Awasi perangkap musuh yang membesar-besar perbezaan pendapat, meracuni pemikiran ahli agar hilang wala’ pada pimpinan, dan memberi peluru kepada musuh untuk merosakkan jamaah. Semoga Allah memelihara kita dari finah ini.

Oleh:
Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Tuesday, June 16, 2009

Jenazah Dr. Fathi Yakan Selamat Dikebumikan


Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar/Ahad. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:


إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل


"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:


مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Rujukan: Ikhwanonline dan Mukhtasar Jami'u Bayanil ilmi wa Fadlih oleh Ibnu Abdul Bar.

Sunday, June 14, 2009

Kembalinya Syeikh Fathi Yakan ke Rahmatullah


Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Saturday, June 13, 2009

CERAMAH UMUM


Penceramah : YB Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli
( Adun Sura, Trengganu)
Tarikh : 21 Jun 2009 ( Ahad )
Tempat : Markas Pas Kg Gajah Mati.
Masa : 9 malam
Semua di Jemput Hadir

Friday, June 12, 2009

Dailog Rakyat di Sri Kemuning


Satu Dailog Rakyat telah diadakan bertempat di Markas Pas Taman Sri Kemuning.Dailog yg di pengerusikan oleh Cikgu Zul itu membariskan 3 ahli panel, iaitu Naib Presiden Pas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Syed Hamid dan Saudara Hasyim Abdullah.Ustaz Tuan banyak menyentuh mengenai Kerajaan Perpaduan yg ditimbulkan oleh hadirin. Sebenarnya isu ini banyak diputarbelit oleh media yg dikuasai oleh BN. Hasilnya ramai ahli Pas dan Pakatan Rakyat yg membuat kesimpulan yg tidak sepatutnya. Inilah hasilnya apabila kita lupa bahawa kebanyakan berita2 dari media perdana ini adalah berita FASIK. Perkara kedua yg berbangkit adalah mengenai tugas dan kekangan sebagai seorang YB dari pembangkang yg dinafikan hak sebagai wakil rakyat. Juga hal2 yg berkaitan dgn cukai tanah dll.
Banyak manfaat yg boleh diperolehi dari siri2 program dailog seperti ini dan diharap ianya lebih kerap diadakan di Temerolh ini khususnya.

Tuesday, June 09, 2009

PERASMIAN BANGUNAN PAS PAHANG

Semalam majlis perasmian bangunan Pas Pahang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ,Mursyidul Am Pas.Majlis bermula jam 5 petang dengan ucapan aluan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.Kemudian Tuan guru berucap sekitar setengah jam sebelum menandatangani Plak Perasmian, seterusnya memotong Reban.Tuan Guru juga sempat merasmiakan Restoran Ibu Jah dibawah Bangunan Pas Pahang yg diusahakan Oleh Ustazah Azizah Khatib Mat.







Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Mursyidul Am








Sidang Media




Ceramah umum di tapak Kompleks Pas Pahang di Kerdau


Friday, June 05, 2009

Muktamar PAS kali ke-55 membuka tirai

Disertakan disini beberapa gambar untuk semua pengunjung blog ini...



Pengacara majlis perasmian muktamar memulai majlis

Qari Jemputan memperdengarkan bacan AL-Quran dari Surah Al-Fath

Pembaharuan untuk pemerhati asing, skrin besar menyediakan alih bahasa ucapan dasar Presiden PAS dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris, tahniah kepada panitia muktamar ke-55

Mursyidul Am, Presiden dan yang lain melambaikan tangan kepada hadirin. Ketibaan mereka disembut dengan laungan takbir dan irama Selawat kepada Rasul

Tempat duduk pemerhati di sebelah kiri hampir dipenuhi oleh pemerhati semasa Presiden PAS sedang menyampaikan ucapan dasar

Wednesday, June 03, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam"