Tuesday, March 31, 2009

PETUGAS DARI TEMERLOH DIALUKAN KE PRK BUKIT GANTANG


PRK P.059 Bukit Gantang semakin hampir. Kali ini, PAS Pahang turun gelangang lebih awal jika dibandingkan ketika PRK Kuala Terengganu. Hingga kini, beberapa kumpulan petugas sedang asyik bekerja untuk menang di beberapa Unit Peti Undi yang telah diamanahkan.

PAS Pahang telah menyediakan hampir sepuluh tempat penginapan untuk para petugas (tidak disediakan untuk para pelancong dan pemerhati) yang akan datang dari masa ke semasa sehingga ke hari pembuangan undi .

Jarak dari satu UPU ke UPU yang lain agak jauh. Kontigen Pahang di amanahkan di DUN Kuala Sepetang. Tiga UPU yang diletakkan di bawah Kontigen Pahang semuanya teletak di pinggir Bandar Taiping. Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) Pahang telah membuka Pejabat Operasi di Taman Perumahan Kg. Berkat yang jaraknya dari “Exit” Taiping/Kemunting hanya lebih kurang 5 KM.

UPU Air Putih terletak diantara Lebuh Raya dengan Kemunting . UPU Kemunting Station juga menuju ke arah yang sama. Manakala UPU Simpang Halt menghala ke Changkat Jering.
Bagi sahabat-sahabat di luar Negeri Perak khususnya dari Pahang yang akan datang ke Penempatan Pahang hanya perlu memastikan keluar di “Exit” Taiping/ Kemunting.

InsyaAllah ianya akan memudahkan para petugas untuk sampai ke distinaasi. Apabila sampai di Tol tersebut hubungilah sahabat yang telah berada di pejabat operasi.

Sunday, March 29, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS TEMERLOH SESSI 2009-2011



KABINET PAS KAWASAN TEMERLOH DIBENTUK

Pas Kawasan Temerloh sesi 2009-2011 telah bersetuju dengan perlantikan baru kepada semua penjawat lajnah. Sebahagian besar jawatankuasa masih mengekalkan jawatan sesi lalu

Berikut adalah senarai jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh sesi baru :

Yang DiPertua : Ustaz Abul Rahim Abd Rahim
Timbalan YDP : Hj Jusoh Darus
Naib YDP : YB Syed Hamid Syed Mohamad
Setiausaha : Hasanudin Salim
Penolong : Hj Zorkornaini Hj ABdullah
Bendahari : Ustaz Khairulzaman Mohd

Pengerusi Lajnah :
* Politik & Organisasi : Ust Abd Rahim Abd Latif
* Penerangan & Dakwah : En. Hashim Abdullah
* Tarbiyah & Perkaderan : Ust Ishak Husin
* Hubungan Antara Kaum : En. Abdullah Abdul Karim
* Kebajikan & Keraian : Puan Kamariah Md Laji
* Ekonomi & Pembangunan : Hj Firdaus Kadir
* Panel Guaman : En. Abdullah Sidek
* ICT : En. Farid Rani

Pengarah Parlimen :
Hj. Jusoh Darus

Pengarah DUN :
* Kuala Semantan : Hj. Ahmad Zuber Omar
* Mentakab : Hj. Norazmi Abd Majid
* Lanchang : En. Hasan Omar

BANGUNAN PAS PAHANG


Alhamdulillah,bangunan Pas Pahang tersergam indah di pusat bandar Temerloh.Terletak berhampiran Bank Islam,ternyata memberi gambaran jelas tentang wujudnya pusat pentadbiran Pas Pahang hasil komitmen ahli Pas disemua peringkat.Tahniah kpd Pesuruhjaya,Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dan mereka yg terlibat secara khusus dlm merealitikan sebuah impian seluruh ahli Pas di negeri Pahang ini.Bangunan yg bernilai setengah juta ini mula beroperasi pada tahun ini.Selain menempatkan bilik Pesuruhjaya,juga terdapat bilik utk Dewan Ulamak,Pemuda negeri,wartawan Harakah dll.Dewan mesyuarat ditempatkan di tingkat atas.Semuga dgn pembelian bangunan baru ini,akan memudahkan segala urusan yg berkaitan dgnPas Pahang.

Wednesday, March 25, 2009

YDP KAW.TEMERLOH USTAZ ABDUL RAHIM ABDUL LATIFF

Salam buat semua saf pimpinan dan ahli Pas kawasan Temerloh.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kpd semua yg terlibat dalam menjayakan mesyuarat agong Pas kawasan Temerloh baru2 ini.Harapan saya agar;
1-Semua mereka yg terpilih adalah pemegang amanah dari Allah yg berkewajipan utk melakukan kerja2 mengukuhkan Parti melalui aqidah,ukhwah dan jihad.
2-Unsur2 negatif yg boleh merosakan Parti perlu dihindari sejauh2nya,kerana Parti kita adalah Parti islam yg tentunya berbeza dgn parti2 yg lain.
3-Kepada mereka yg tidak terpilih seharusnya berlapang dada dan bermuhasabah diri.Sebenarnya masih ada ruang utk mereka menyumbangkan khidmat kpd Parti.
4-Saya juga mengharapkan kerjasama dari semua juzu`Parti,samada Ulama`,Muslimat dan Pemuda utk memajukan Pas Kawasan.
Harapan saya semuga segala kekeliruan yg timbul telah dpt dirungkaikan dgn penjelasan melalui Mesyuarat agong baru2 ini.Apa jua kekusutan yg timbul selepas ini hendaklah dirujuk kpd sumber dalaman Parti melalui saluran yg sah.
Semua dari kita hendaklah menumpukan kerja masing2 di semua peringkat supaya kita lebih bersedia utk menghadapi cabaran akan dtg yg tentunya lebih besar.Dan akhirnya kita harapkan segala kerja kita diberkati oleh Allah.Wassalam
Ust Abdul Rahim Abdul Latiff
Yang Dipertua Pas Kawasan Temerloh
Sessi 2009-2011

ADUN KUALA SEMANTAN TURUN PADANG

YB Syed Hamid Syed Mohamad,ADUN Kuala Semantan selalu turun padang untuk berjumpa dengan orang ramai utk mendengar masalah mereka seterusnya menyelesaikanya setakat termampu.Tengahari tadi beliau pergi ke Taman Temerloh Jaya dan berjumpa dgn beberapa peniaga ditaman perumahan tersebut yg menyampaikan beberapa masalah yg mereka hadapi.Antaranya ialah selalu berlaku kekacauan dari anak2 muda yg suka merosakan harta benda individu dan awam.Beliau berjanji utk membawa perkara ini ke pihak atasan utk tindakan selanjutnya.Antara permintaan orang ramai ialah mewujudkan sebuah pondok polis di sekitar tapak Pasar Malam utk mengawasi kawasan kedai khususnya dan kawasan rumah amnya.Banyak sudah laporan Polis dibuat,tapi bila polis datang,mereka yg membuat kacau sudah pun lari.Dgn adanya Pondok polis sudah tentu ada anggota yg sentiasa mengawasi keadaan seterusnya dapat menjamin ketenteraman Taman Temerloh Jaya yg terdapat ribuan penduduk itu.

Monday, March 23, 2009

SEKITAR MESYUARAT AGONG PAS KAWASAN TEMERLOH











JAWATANKUASA PAS KAWASAN TEMERLOH SESSI 2009-2011

Semalam, 22 Mac 2009, Jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh sesi 2009-2011 telah dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 22 yang berlangsung di Darul Amin, Sg. Gau bermula jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa yang dipilih oleh para perwakilan :

Yang Dipertua : Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif

Timb. Yang Dipertua : Hj Md Jusoh Darus

Naib Yang Dipertua : YB Syed Hamid Syed Mohamed

Ketua Urusan Ulama : Ust Ariffin Abdullah

Ketua Pemuda : Ust Jauhari Ishak

Ketua Muslimat : Pn. Salmi Mohd
Jawatankuasa :

Sdr Abdullah Abdul Karim

Sdr Hasanudin Salim

Sdr Hashim Abdullah

Sdr Fairuz Hisham Nordin

Ust Khairulzaman Md Nor

En Shohaimi Latif

En. Nazir Sulaiman

Hj Firdaus Abdul Kadir

Ust Wahid Abdul Ghaffar

Hj Akmal Hidri Othman

Hj Abdullah Sidek

Hj Amiruslan Abdul Manaf

En Roslan Ahmad

Ust Hanafiah Mohd

Ust Abu Hasan Al-Shaari

Hj Ahmad Zuber Omar
Tahniah dan takziah kepada yang terpilih. Takziah kerana anda dilantik untuk memikul bebanan. Tahniah kerana anda terpilih untuk menambah amalan. Salam perjuangan.
















Wednesday, March 18, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PAS KAWASAN TEMERLOH

TARIKH : 22 MAC 2009.

TEMPAT : DARUL AMIN,SG GAU.

SEMUA PERWAKILAN DAN PEMERHATI DIJEMPUT HADIR.

Monday, March 16, 2009

CERAMAH &PELANCARAN DANA PRK BUKIT GANTANG

TARIKH : 17 MAC 2009(Selasa)

JAM : 9.00 MALAM

TEMPAT : BALAI ISLAM KG PAYA KECHIK

PENCERAMAH : YB WAN HASAN RAMLI
( Adun Sura,Dungun,Terengganu )

: USTAZ SUHAIMI SAAD
( Pemangku Ketua DPP Pahang )

: SDR NIZAM HAMID
( Timb.Ketua Penerangan PKR Phg )

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Monday, March 02, 2009

GAMBAR MENARIK SEPANJANG SESI 2007-2009








Salam ukhwah buat semua... kembali mengingati masa yang telah berlalu... semoga menjadi panduan dimasa akan datang